Friday, 6 February 2015

Resepi Ayam panggang oregano

Assalammualaikum,

Semalam tak sempat untuk update blog saya, diatas sebab-sebab tertentu dan ari ni saya kembali update blog saya seperti biasa. Ok hari ni saya ingat nak berkongsi masakan saya. iaitu:

Ayam Panggang Oregano.

Di sebabkan saya masih dalam pantang dan juga on diet, -jadi kita masak panggang,rebus dan juga sup. Tapi hari ini, saya ingin masak 1 lauk jer. Sebab malam ni saya dan juga suami ingin beli barang.

Ok, ini resepi ayam panggang oregano:

Bahan-bahan:


  • 2 keping dada ayam(dibersihkan)
  • 1 ulas bawang putih(dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan oregano
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan sos barbeku(tapi hari ni saya guna kicap je, sebab sos barbeku dah abis)
  • 1 biji lemon
Cara membuat:

  • Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon
  • perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam
  • Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga garing
  • Hidangkan dengan sos lada hitam
Dan ini lah hasilnya.









Ok, itu sahaja yang saya ingin kongsi pada hari ini.InsyaAllah, esok saya akan update lagi. Jumpa lagi semua.

2 comments:

  1. Sedap nampak ayam oregano ni ;)

    ReplyDelete
  2. try la..heheh..sy pun bru 1 st time buat. sng jer.. =)

    ReplyDelete