Tuesday, 10 February 2015

Resepi ayam masak merah madu

Assalammualaikum.

Hari ni saya ingin berkongsi sedikit resepi yang selalu orang buat di luar sana. Ayam masak merah madu.

Bahan-bahan A:


  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap manis
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu madu
Bahan-bahan B(dikisar):

  • 15 tangkai cili kering
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji tomato(dipotong 4)
Cara membuat:

  1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan.
  2. panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. masukkan ayam,sos tomato,sos cili,kicap manis,madu dan garam.
  4. gaulkan sehingga sebati dan rata. tunggu sehingga ayam masak.
  5. masukkan tomato
  6. hidangkan di dalam pinggan.
Inilah hasilnya.

Ok, selamat mencuba =)

No comments:

Post a Comment