Saturday, 28 February 2015

Tips merancang hari jadi anak anda.

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis harijadi. Aku rasa hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis harijadi anak mereka; tak kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek, kalau aku dulu..apa itu kek? tak pernah dapat rasa pun. masa kecik-kecik. hehe

Ok sebelum mengadakan majlis, perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :

1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.

2) Tema Majlis : Tetapkan tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih:) 

3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!

4) Menu : Selalunya menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang riang!

5) Aktiviti : Untuk mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan boneka atau persembahan silap mata!

Oklah, rasanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Tujuan aku berkongsi tips ini tak lain tak bukan, of courselah nak promote bisnes aku kan:P
Di MKS party solution, aku ada menjual pelbagai barangan untuk menyerikan majlis harijadi anak-anak korang. Antara barangan yang ada adalah;










Sebenarnya ada banyak lagi seperti Angry Bird stationery pack, Angry Bird birthday party pack, Ben 10 party pack & macam-macam lagi. Pada yang berminat untuk mengetahui harga, bolehlah PM aku di norshazwaniaziz@gmail.com atau sms terus ke 012-9867854

Tolong minta quotation sebulan sebelum majlis ya sebab aku memang ambil stok during weekend je & kadang-kadang ambil masa nak pos barang (al maklumler sekarang ni takde transport lagi) so minta jasa baik korang merancang sebelum melakukan pembelian supaya barang akan sampai ngam-ngam sebelum majlis yaaaa..Kadang-kadang pos laju pon buat hal, dah takde dah pos laju, jadi pos lembabs namanya:P

Pembelian borong amatlah digalakkan!! (20pcs ke atas untuk mendapatkan harga borong)

lawati fanpage saya: www.facebook.com/afinieshop

No comments:

Post a Comment