Wednesday, 18 March 2015

Bercuti

Assalammualaikum.

Wah.tak sabarnya nak pegi bercuti. Kali ini pilihan saya nak pergi ke pulau redang. nak menikmati suasana pantai yang indah, yang tidak dicemari dengan sisa kekotoran lagi. Suasana yang tidak sibuk. Walaupun saya duduk di kuantan, tapi kuantan sekarang ibarat kuala lumpur yang bising, sibuk dan selalu jem. Wah,kadang-kadang sangat serabut kepala.

Kampung saya juga di dungun terengganu dekat dengan kawasan pantai, tapi pantai di sana dah banyak dicemari sisa kekotoran. Kadang-kaddang air nya dah tak nampak biru sperti masa saya kecik-kecik dahulu. Zaman telah berubah.

1st sejak kawin saya pergi bercuti di genting highland. suasana sejuk, tapi banyak tempat yang tutup ketika itu, maklumlah saya pergi time tu musim hujan. balik je kuantan, banjir teruk di sekitar bandar kuantan.

Awal tahun kedua saya pergi ke cameron. hahaha. time tu demam teruk pulak. tak dapatlah berjalan sangat. nasib baik lah hari kedua saya dah ok. so sempatlah menikmati bandar cameron highland tu dan shopping skit-skit.

akhir tahun kedua saya pergi ke langkawi. Ha! yang ni mcm mahal. sebab kena naik flight. huhuhu.
tapi tak pelah sebab nak bercuti tak nak berkira sangat dan syukur masa tu tak demam. hehehe.

Tahun lepas macam entri saya sebelum ini, saya tak pergi bercuti, sebaliknya saya mengerjakan umrah. Syukur dipanggil pergi ke sana. Tempat tu la rasa macam nak pergi lagi. InsyaAllah jika diberi peluang, memang akan pergi lagi. Tempat yang paling seronok dan rasa tak nak balik malaysia. Sebab kat sana kita hanya ingat untuk beribadat sahaja.

So, tahun ni pilihan nya nak ke pulau redang. Hope kali ini best jugak. hehehe. Tak sabar rasanya nak tengok pantai yang biru dan indah.

Ok, nanti kita sambung cerita yup. Bye. semoga terhibur.

No comments:

Post a Comment