Friday, 13 March 2015

Mengapa Mahu Memilih Bisnes Di Rumah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Teks: Nor Shazwani
Imej: sumber google.

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, Hari ini saya baru sahaja dapat menghabiskan satu buku yang ayah saya beli, iaitu 101 idea bisnes home-based karangan Junaidah Hamdan. Di dalam buku ini banyak memberi idea untuk kita berniaga dari rumah. Jadi sesiapa yang membaca buku tersebut pasti mendapat idea untuk berniaga sendiri dan menambah duit poket sendiri.

Di bawah ini adalah sebab-sebab dan jawapan kepada soalan mengapa semakin ramai suri rumah mahu menceburi ataupun menerokai perniagaan sendiri di rumah bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga ataupun bagi mendapatkan kebebasan kewangan pada masa hadapan

1.  Mahu melakukan kerja yang di sukai.
bertahun-tahun kerja di pejabat hanya kerana mahukan pendapatan bulanan yang tetap. Sama ada suka ataupun tidak, setiap hari rutin yang sama akan diharungi semata-mata untuk menyara hidup. Pada suatu-suatu saat, pasti terdetik hendak mencari peluang kerja yang boleh memberi kepuasan dan hendak melakukan kerja-kerja yang disukai. Tentulah pilihan kerja sendiri dengan melakukan bisnes sendiri di rumah.
2. Memanfaatkan kemajuan teknologi
Kemajuan teknologi dapat membantu memudahkan dan meneyelaikan banyak sekali urusan hidup dan perniagaan cepat. kemajuan teknologi terkini membolehkan urus niaga dilakukan dari rumah dan di mana sahaja kita berada tanpa perlu menemui sesiapa. Penghantaran barangan dan penerima pembayaran boleh dilakukan dari rumah dengan memberi arahan-arahan melalui internet.
3. Dapat mengembangkan keyakinan potensi diri.
Keyakinan diri adalah faktor utama bagi setiap individu berjaya dalam pelbagai bidang. hanya dengan bekerja sendiri dapat membina keyakinan diri melalui ranjau perniagaan tanpa putus asa. Semakin banyak halangan yang dapat diatasi, semakin meningkat tahap keyakinan seseorang bagi mencapai kejayaan yang lebih besar dan hidup senang.
4. Menambahakan pendapatan.
Faktor eknaikan harga barang menjadikan pendapatan semasa tidak seimbang dengan jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. malah, kadar kenaikan gaji juga tidak seimbang dengan kadar kenaikan harga barang. Perniagaan sendiri boleh menambahkan pendapatan, semakin kuat kita bekerja semakin bertambah pendapatan untuk diseimbangkan dengan perbelanjaan keluarga.
5. Merealisasikan impian sendiri.
Bekerja sendiri adalah bagi mencapai impian sendiri. Sudah pasti impian sendiri tidak akan tercapai sekiraya bekerja dengan orang lain yang mempunyai matlamat organisai yang berbeza dengan matlamat kita.
6. Pengiktirafan
Sukar mendapat pengiktirafan daripada majikan dengan memberi imbalan pada kejayaan yang dilakukan. Peratusan kenaikan gaji biasanya diseimbangkan dengan prestasi keselurhan kakitangan bagi tahap yang sama dengan kita.

Berbeza dengan mereka yang bekerja sendiri, mereka boleh meningkatkan pendapatan bergantung kepada cara cara mereka melakukannya. Mereka boleh iktiraf diri sendiri dengan memenuhi kehendak kepuasan yang mereka mahukan seperti berkereta mewah, mempunyai rumah besar, melancong dan sebagainya.
7. Persediaan awal untuk bersara ataupun meletak jawatan
Faktor kesihatan dan bebeanan kerja membuat ramai mengimpikan untuk bersara leih awal. Kerenah birokrasi di pejabat dan pelbagai tekanan daripada ketua jabatan membuatkan kita tidak sabar hendak meletakkan jawatan. Justeru bisnes dari rumah adalah alternatif yang baik bagi mengelak tekanan daripada orang lain dan paling penting semakin meningkat usia, kita sentiasa dekat dengan keluarga.
8. Bagi mengurangkan Tekanan.
Bekerja dengan orang lain sebagai majikan sentiasa memberi tekanan. Perkara terbaik yang kita lakukan tidak semestinya terbaik kepada majikan. Melakukan perniagaan sendiri dapat mengurangkan tekanan yang perlu dihadapi seharian. Walupun bekerja sendiri ada tekanan, tetapi kita boleh mengatur bagi menyelesaikannya mengikut kemampuan kita. Hasilnya pula tentulah kita sendiri.
9. Menjimatkan masa
Kita boleh menjimatkan masa dengan bekerja sendiri dengan melakukan perkara yang perlu sahaja tanpa melalui kerenak birokrasi majikan. Perjalanan berulang alik dari rumah ke tempat kerja juga boleh dijimatkan dengan mengendalikan urusan perniagaan dari rumah.
10. Melakukan kerja yang penting sahaja.
Bekerja sendiri di rumah memberi ruang kepada kita melakukan kerja yang penting sahaja tanpa melaui protokol kerja seperti pejabat. Tanpa perlu menghadiri mesyuarat berjam-jam lama hanya hendak mendapatkan keputusan daripada semua orang.
Akhir sekali, buku ini banyak memberi kite peluang dan idea untuk kita mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup seorang suri rumah yang bukan hanya duduk goyang kaki sambil menguruskan rumah tangga tapi kita boleh berdaya saing dan juga mempunyai kerjaya sendiri sama seperti wanita yang bekerja di luar sana. Jadi kita sekarang tidak perlu malu kepada orang ramai, kerana suri rumah juga mampu untuk menjana pendapatan sendiri selain menghasilkan minat kepada kita.

Semoga kita semua berjaya di dalam kerjaya kita melalui bisnes di rumah. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment