Monday, 16 March 2015

ziarah

Assalammualaikum.

Sabtu lepas baru sahaja melawat nenek dan atuk di kampung dungun Terengganu. Alhamdullilah mereka masih sihat dan masih mampu tersenyum melihat anak-anak dan cucu balik. Semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik buat mereka berdua.

Disamping itu, sempat melawat dan menziarahi keluarga lain di kampung dungun dan kemaman. Maklumlah raya tahun lepas balik, lama dah tak balik. Ingat nak ajak adik sepupu yg kecik dua orang tu datang rumah. sempena cuti sekolah. Tapi dieorang tak dapat datang jerana kesian kan -mama nya tinggal seorang. Maklumlah aboh mereka dah meninggal dunia tahun lepas. Kesian budak-budak tu, nak ikut sangat datang ke kuantan, tapi tak dapat datang. Ialah dulu arwah aboh dieorang ade, ade lah pergi jalan sana sini. Ni dah tak ada, kena terperap jelah duduk di rumah.

Masih teringat lagi aku pada arwah, arwah memang seorang ayah dan pakcik yang baik. Siapa je dalam ahli keluarga dalam kesusahan cepat die datang menolong. Masih terbayang-bayang arwah masih hidup. Kadang-kadang tak percaya arwah dah pergi meninggalkan kami semua. Arwah pergi secara tiba-tiba tanpa ade sebarang penyakit.

Allah s.w.t lebih sayangkan arwah. Semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. begitu juga pada arwah nenek dan atuk sebelah mak.

 Gamba arwah tiga dari kiri. Ni masa tahun raya 2008. Arwah nenek baru meninggal. Tak berapa nak raya masa ni. Sebab baru sangat arwah nenek meninggal.

 P/s: arwahdua dari kiri

Ok,kita berhenti dulu pasal arwah. Teringat masa pergi umrah tahun lepas bulan 5. Rasa sekejap je masa, dah nak bulan 5 balik. Seronok dan tenang waktu pergi di sana. Rasa tak nak balik ke malaysia ni. Tapi tu angan-angan jela.Hehehe. Semoga aku, suami dan mak ayah aku diberi peluang lagi merasai kenikmatan itu dan diberi peluang lagi untuk menjejaki rumah Allah s.w.t. itu.Mungkin pergi menunaikan rukun yang ke-5. Amin.

















 ni ais krim yang palin sdp kt mekah
Sekian dulu, semoga terhibur.

No comments:

Post a Comment